Monday 4 May 2015

Why I Cycle...

Cycling has been my passion since childhood days. Dulu2 tak ada MTB bagai, hanya basikal mini, basikal Raleigh gedabak dan chopper untuk yg berada. Aku dapat basikal mini siap dengan bakul kat depan yang sebenarnya ialah basikal kakka aku yang dah masuk sekolah asrama penuh STF. Bakul kat depan kena buang la sbb tak macho pakai bakul.

Zaman kanak2 dan sekolah rendah memang dipenuhi dengan aktiviti berbasikal. Ke sana ke mari di Bandar Batu Pahat dengan basikal bersama kawan2 sekampung.

Zaman tu trek adalah keliling kampong dan busut adalah tempat untuk buat stunt lompat basikal. Yang mana terrer sikit boleh wheelie, salah satu skill yg aku fail sampai sekarang. Jarak wheelie ditentukan dengan jarak antara tiang2 lampu.

Pergi jelajah Tasik Malaysia, Tarzan Valley, Tasik Y... semua bantai kayuh aja. Jatuh tergolek masa turun downhill kat Gunung Soga menyebabkan siku kiri aku haus kena sagat jalanraya... kesan parut cuma hilang bila dah umur 20 tahun lebih.

Pergi sekolah kebangsaan kayuh, pergi sekolah agama kayuh, pergi aktiviti pengakap kayuh..... aku dengan basikal tak pernah berpisah.

Bila masuk sekolah menengah, aku pulak masuk sekolah asrama penuh SDAR di Seremban. Jadi akiviti berbasikal pun dah slow down sampai habis tingkatan 5.

Tahun 1985/86/87 aku ditawarkan untuk sambung belajar ke KPP, ITM sebagai persediaan untuk dihnatar ke luar Negara iaitu Texas USA. Semasa di kampus Shah Alam, aku kembali mengayuh basikal dan ingat lagi aku beli basikal racing (panggilan masa tu) kat Klang harga RM160 kalau tak silap. Basikal tulah jadi peneman setia untuk pergi ke kelas kalau tertinggal bas. Nak pergi ke kedai, ke Pejabat Pos dsb. Jarak tak jauh, dari Seksyen 18 ke Seksyen 17 je. Pernah jugak kayuh naik ke Main Campus ITM sbb pergi Lab Fizik. Peristiwa paling tak best ialah masa jatuh tergolek kat depan student perempuan masa turun bukit dari Sekseyen 16 ke Seksyen 17. Malu jugak la....

Sekarang aku kembali berkayuh tetapi hanyalah untuk riadah demi kesihatan. Secara tak langsung juga dapat berkenalan dengan ramai rakan2 riders dari seluruh Malaysia. Itulah juga antara sebabnya aku tubuhkan kumpulan TNB Cycling Team (TNBCT) sebagai usaha untuk menyatukan peminat2 aktiviti sukan berbasikal di kalangan anggota kerja TNB.


Credit kpd Roda Pantas atas gambar yg comey nih...